Pages

Friday, December 31, 2010

Info Tentang Muzik

-Im A Cranky Old Yank In A Cranky Old Tank On The Street Of Yokohama With My Honolulu Mama,  Doing Those Beat-O-Flat-On-My Seat, Hirohito Blues adalah tajuk lagu terpanjang didunia yang dicipta oleh Hoagy Carmichael pada tahun 1943 dan telah disenaraikan di dalam Guinness Book of Records.
*Buang tebiat kah Mr.Carmichael ini buat tajuk lagu pepanjang?

-Video klip Billie Jean adalah video klip milik artis berkulit hitam pertama yang ditayangkan di MTV
*Bille Jean, is not my lover, oh! oh! 

 -Georg Solti adalah penerima Grammy Award yang terbanyak sekali dengan 31 anugerah 
*Wah, banyaknya. Buat jual timbang besi buruk pun untung ni.


-Single yang paling meletup sekali didunia ialah Candle in the Wind 1997/Something About the Way You Look Tonight nyanyian Elton John pada tahun 1997 dengan jualan sebanyak 37 Juta. 
*Jangan main-main, Elton John sekarang dah ada banyak rambut. Haha!


-Musician yang paling berjaya didunia ialah The Beatles 
*We all live in a Yellow Submarine~
    
-Ahli kaji purba telah menemui alatan muzik tertua berusia 30,000 tahun. 
*Ada bunyi lagi kah?

-Pengunaan chord mula digunakan di awal abad ke 18. 
*Encik Ska mula menggunakan chord pada akhir tahun 2009. Hehe
.

-Orang mula menghayati muzik nyanyian di sekitar tahun 1760. 
*Orang mula menghina pemuzik selepas menghayati filem P.Ramlee,'Ibu Mertuaku' Haha.

-Konduktor hanya wujud lebih kurang 100 tahun yang lalu.
*Konduktor bas pula wujud sejak bila?

-Muzik di Afrika selalunya dikaitkan dengan tarian sebaliknya di timur tengah di kaitkan dengan drama 
*Muzik di Malaysia pula sering dikaitkan dengan rancangan realiti.


 -Violin yang terbaik dibuat di sekitar kurun ke 16 dan 17 di Italy oleh Stardivari,Guarneri dan keluarga Armati. 
*Terbaik dari ladang!
  
-Dalam muzik era Bach panjang sebuah Trumpet adalah di antara 7 hingga 8 kaki, tidak seperti era Haydn, Mozart dan Beethoven di mana Trumpet bentuknya seperti sekarang. 
*Trumpet dan drum juga adalah alat muzik yang boleh menghasilkan bunyi yang bakal mengundang kemarahan jiran-jiran

-Trombone mula dicipta 600 tahun dahulu dengan nama asalnya ialah Sackbut.
*Teringin nak main Trombone.

-Beethoven (1770-1827) merupakan orang yang pertama membawa masuk alat Trombone ke dalam orkestranya untuk penghasilan kesan bunyi yang lebih kuat dalam karyanya.
*Gigih betul Beethoven ni.

Salam,
Encik Ska

10 comments:

Afuan Shah said...

terbaek dr ladang lah encik ska!!!
memang la lawak..tajuk lagu pnjang berjela...
dah la ak kena hafal lirik..
tajuk lagu yg sepatotnya simple pon kena amek masa seminggu tok hafal..hik3..
good sharing lah en ska!!!i likee!!

Encik Ska said...

@Afuan Shah,
Nak hafal tajuk pun lama makan masa kan, belum lirik lagi, haha.
Thanks! Hehe. Happy New Year :)

Afuan Shah said...

okehlah..selamat tahun baru juga..teruskan menulis.!!!inshaAllah..saya ni rajinkan membaca..huuh

Arine Romano said...

:D
nodame cantible!!!

Unknown said...

owh! best baca info muzik.
hehehe, kebetulan; im a fans of musical orchestra.

Encik Ska said...

@Afuan Shah,
Okeeh. Hehe :)

@Arine Romano,
Nodame Cantible? Apa itu? Encik Ska tak faham, Haha

Encik Ska said...

@Ameto Primero Augusto,
Thanks, Hehe.
Oh ya? Encik Ska pun minat musical orchestra jugak :)

RR.404 said...

I like music..

Encik Ska said...

@CyberMales,
Me too :)

toyolkiut said...

info yg lengkap..
minat dengan tamborin..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...