Pages

Saturday, June 11, 2011

Filem Terlaris Di Dunia


Tahun: 2009

Kutipan: $2,783,165,628

Hasil yang luar biasa daripada pengarahnya, James Cameron yang juga pengarah kepada filem Titanic yang sangat terkenal dan juga mendapat kutipan yang tinggi. Filem ini mampu mendapat kutipan yang tinggi walaupun kos pembuatannya "hanya" $237 Juta. Kesan visual yang lain daripada yang lain serta jalan cerita yang menarik menjadikan filem ini terlaris. Tahniah kepada James Cameron, ikhlas daripada Encik Ska.


Tahun: 1997

Kutipan: $1,843,201,268

Walaupun pada tahun 1997, gambaran tenggelamnya Titanic berjaya digambar kan oleh krew-krew filem ini di bawah arahan James Cameron. Filem yang memenangi 11 piala Oscar ini menelan belanja sebanyak $200 juta untuk pembikinannya. Plot cerita yang sangat menarik dan menyentuh hati menyebabkan filem ini enak ditonton berkali-kali. 


Tahun: 2003
Kutipan: $1,119,110,941

Bahagian ketiga trilogi The Lord Of The Ring ini menelan kos sebanyak $96 juta untuk pembikinannya yang memberi impak yang besar kepada dunia perfileman. Filem yang dipenuhi dengan fantasi ini diadaptasi dari novel yang  karya J.R.R Tolkien dan berjaya memenangi 11 piala Oscar.

Friday, June 3, 2011

Bagaimana Untuk Membuat Telur Berbentuk Hati

      Biasanya, telur hanya berbentuk bujur dan sentiasa sama bentuknya. Tidak kah anda bosan dengan bentuk yang biasa ini? Bagi manusia yang suka membuat benda yang luar biasa, mari bersama Encik Ska membuat sesuatu bentuk yang menarik dengan telur iaitu bentuk hati. Comel bukan? Hehe. Mari kita tengok langkah-langkahnya.


Apa yang anda perlu ada untuk merealitikan telur ini ialah,
-Telur (Pastikan yang berkualiti ye kawan-kawan, hehe)
-Kotak susu (Yang sudah habis diguna dan sudah dibasuh dengan bersih)
-Chopstick
-Getah

Langkah Pertama
Potong kotak susu seperti gambar di bawah.


Langkah kedua
Rebus telur sehingga masak sepenuhnya.

Tuesday, May 31, 2011

Video Tentang Google




Salam,
Encik Ska.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...