Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Gambar-gambar perang Dunia ke 2

Siapa yang tidak mengetahui apa-apa pasal perang dunia ke-2,sila la tengok di wikipedia,haha. Disini saya akan berikan sedikit maklumat tentang Perang Dunia ke-2.Semua info ini saya ambil dari wikipedia.

 
Perang Dunia Kedua
WW2Montage.PNG
Arah jam dari kiri-atas: Askar Komanwel di padang pasir; Orang awam China ditanam hidup-hidup oleh tentera Jepun; tentera Soviet semasa serangan pada musim sejuk; Kapal terbang Jepun di atas kapal pengangkut sedia untuk berlepas; tentera Soviet bertempur di Berlin; serangan ke atas kapal selam Jerman.
Tarikh1 September 1939 – 2 September 1945
TempatEropah, Pasifik, Asia Tenggara, China,Timur Tengah, Mediterranean dan Afrika
HasilKemenangan Kuasa Bersekutu. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kemunculan Amerika Syarikat danKesatuan Soviet sebagai kuasa besar. Pemisahan negara-negara dunia kepadaBlok Kapitalis dan Blok Komunis, menyebabkan Perang Dingin. (lagi...)
Pihak bersengketa
Kuasa BersekutuKuasa Paksi
Komander
Pemimpin Kuasa BersekutuPemimpin Kuasa Paksi
Korban dan kehilangan
Kematian anggota tentera:
Melebihi 14,000,000
Kematian orang awam:
Melebihi 36,000,000
Jumlah kematian:
Melebihi 50,000,000
...perincian lanjut.
Kematian anggota tentera:
Melebihi 8,000,000
Kematian orang awam:
Melebihi 4,000,000
Jumlah kematian
Melebihi 12,000,000
...perincian lanjut.

Sunday, June 19, 2011

Top 5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Termahal

 1.Northrop Grumman B-2 Spirit


     The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 kepada 21.

     Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).

    Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.


2. Bell-Boeing V-22 Osprey


    Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes. 

    Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

Tuesday, May 31, 2011

Video Tentang Google




Salam,
Encik Ska.

Monday, April 25, 2011

Top 10 Blog Paling Popular


Anggaran 'Unique Monthy Visitor' : 35,000,000
Alexa Rank : 122



Anggaran 'Unique Monthy Visitor' : 17,000,000
Alexa Rank : 407


Anggaran 'Unique Monthy Visitor' : 11,500,000
Alexa Rank : 378


Anggaran 'Unique Monthy Visitor' : 9,000,000
Alexa Rank : 577


Anggaran 'Unique Monthy Visitor' : 8,900,000
Alexa Rank : 472

Tuesday, April 19, 2011

Fakta Tentang Bruce Lee

Bruce Lee

1. Bruce Lee ada kecacatan bawaan dimana kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya memakai spek mata yg cukup tebal, dan dia menggunakan soft lens. Ternyata di Amerika soft lens sudah ada di zaman itu.
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah mixed chinese & german, jadi Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman
4. Bruce Lee pertama kali tampil dalam film pada umur 3 bulan. Ia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada film pertamanya.
5. Dalam suatu lelong dimana sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri berjudul “My Definite Chief Aim” terjual sebanyak US$29,500.

Wednesday, April 13, 2011

Fakta Tentang Gunung Everest

Gunung Everest


1. Rakyat Malaysia yang pertama berjaya menawan Everest: N. Mohandas dan M.Magendran.

2. Pendaki termuda dari Asia Tenggara: Mohamed Muqarabin dari Malaysia - 23 tahun

3. Pendakian pertama: Edmund Hillary - 1953

4. Wanita pertama berjaya mendaki: Junko Tabei dari Jepun - 1975

5. Mendaki Menggunakan Basikal: Goran Krop - Dari Kanada - 1993

6. Orang kurang upaya pertama: Tom Whittaker - 1998.

7. Paling muda: Tembe Tsheri - Mendaki pada usia 15 tahun.

8. Paling tua: Yuichiro Miura - 70 tahun 222 hari.

9. Paling pantas sampai ke puncak: Pemba Dorjie Sherpa - 8 jam 10 min - 2004

10. Everest mempunyai 2 laluan memanjat iaitu dari Nepal dan dari Tibet.

11. Ada teori menunjukkan Everest semakin tinggi disebabkan pergerakkan plak tektonik.

12. Cuaca yang ekstrim boleh menyebabkan tangan dan jari- jari membeku. Sebab itu ramai pendaki yang kehilangan jari akibat masalah frost.

13. 1.3% yang mendaki Everest menemui ajal.

14. 212 orang telah maut dari 1921-2006 ketika cubaan mendaki.

15. Hanya terdapat 36% Oksigen di puncak Everest.

Wednesday, April 6, 2011

Lagenda Hang Tuah

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.


Hang Tuah versi M.Nasir

Hang Tuah dan empat orang kawannya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.


Gambaran rupa paras Hang Tuah

Saturday, February 5, 2011

Fakta Pelik/Menarik #5



  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

  • Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut aufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya ahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. 
Salam,
Encik Ska

Tuesday, January 18, 2011

Wednesday, December 29, 2010

Info Tentang Minyak Di Malaysia

  • Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

  • Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia
  • Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

  • Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

  • Harga petrol di Belgium adalah 2.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia

  • Harga petrol di Hong kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia

Salam, 
Encik Ska

Tuesday, December 28, 2010

Info Tentang Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia dan menempati urutan nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ )
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropa yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti serbuk
4. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia. Menurut banyak sumber, Islam dikatakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030.
6. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘
7. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya satu kali seumur hidupnya.
8. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
9. Nama asal kota suci Madinah ialah “Yathrib”
10. Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.
11. Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar di Amerika, diperkirakan ada sekitar 3,700 orang yang beragama Islam.
12. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
13. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah S.W.T dari bumi.
14. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemukan
oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni pada tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
15. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
16. Para astronut telah menemukan bahawa planet Bumi ini mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung). Radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjut. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
17. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
18. Ibrahim adalah “Bapa” dari tiga agama besar, iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam.
19. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.
20. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. Diabadikan Allah dalam al-Qur’an surah Al-Qamar ayat 1: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah.”
21. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah yaitu “Al Jama’ah”.
22. Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.
23. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii, ummatii, ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
24. Sebanyak 23 peperangan yang dipimpin oleh Rasullulah, tetapi hanya sekali sahaja kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin, iaitu perang Uhud.
25. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
26. Al-Qur’an adalah buku terlaris di benua Eropah.
27. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
28. Imam Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka’bah.
29. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
30. Al Khowarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedokteran), Ar Razi (kedokteran), Al Biruni (fisika), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
31. Pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib lainnya. Thomas Arnold, dalam Al Da’wah ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.

Salam,
Encik Ska

Monday, December 27, 2010

Info Tentang Kematian


-Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal
*Errk, Seram lah pulak.

-Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!
*Hidup guna duit, mati pun guna duit.

-Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
*Bukan boleh nampak pun, pelik je beliau ni.

-Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
*Nasib baik Encik Ska guna tangan kanan.

-Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.
*Dah macam-macam jenis makanan yang wujud sekarang ni.

-Mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.
*Mayat orang mati lemas memang tak tahan lama.

-Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.
*Walaupun disemadikan di angkasa lepas, seksa kubur tetap ada.

-Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.
*Renung-renungkan lah

Salam,
Encik Ska

Friday, December 24, 2010

Fakta Pelik/Menarik #1

-Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
*Taktau lah nak simpati ke nak gelak. Hehe

- Pada kurun ke 16 orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang. 
*Kalau Encik Ska berperang, Encik Ska guna raket badminton je.



-Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar" 
*Bercanda dikala orang lain sedang serius pula bakal menerima 'Lempangan Bahana'.

-Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan .
*Zaman sekarang orang pakai Nuffnang 


-Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
*Membuktikan kebesaran Tuhan.

-Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
*Ini mungkin dah habis idea langsung.

-Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia 
*Murah gila. Gula-gula hacks pun mahal lagi dari Alaska.



-King George I di England tidak boleh berbahasa Inggeris. Beliau di besarkan di Jerman. 
*Jadi bahasa Jerman dia boleh cakap tak? Kalau tak tu tak tahulah. Hmmm.

-Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar. 
*Alah bukannya nampak benda-benda yang tak patut pun.


-Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar. 
*Mesti penduduk-penduduk dekat situ dah kenal dan hafal semua org dalam negara tu.

-Di Jepun, ada tembikai yang berbentuk empat segi.

*Jepun memang sebuah negara yang pelik. Haha!


Salam,
Encik Ska

Thursday, December 23, 2010

Info Tentang Blogger.com



Blog atau juga dikenali sebagai web log ini ialah sebuah laman web yang popular pada zaman sekarang. Pengguna biasanya mengguna kan blog untuk menulis diari peribadi dan sebagainya. Blogger.com dilancarkan pada August 23, 1999 dengan usaha syarikat yang bernama Pyra Labs

Semakin hari, semakin bersinar blogger.com di mata dunia. Semakin ramai pengguna yang menggunakan blogger.com. Pada tahun 2003, Blogger.com dibeli oleh Google dengan harga yang Encik Ska sendiri pun tidak tahu. Maklumlah, selain bermain layang-layang dengan Encik MT, tidak banyak benda yang Encik Ska ini tahu. Pada tahun 2004 pula, Google membeli pula Picasa yang membolehkan pengguna meletakkan gambar ke dalam blog.

Blogger.com pada tahun 1999

Blogger.com pada tahun 2000

Blogger.com pada tahun 2004 hingga sekarang

Brad Fitzpatrick, antara pengguna blog terawal. 


Eh, mana pulak datang budak ni? Tetiba je ada dekat sini. Hish! Sibuk je! 

Salam, 
Encik Ska

Wednesday, December 22, 2010

Info Tentang Spongebob Squarepants



Siapa yang tak kenal SpongeBob, sepan kuning yang kelakar ini? Tentunya ramai orang yang sudah mengenali sepan kuning ni. Termasuklah Sameon Lipas, Din Pulau, Mat Lan Kembong, Usop Sontorian, dan sebagainya.

Sponge kuning ini adalah hasil ciptaan Stephen Hillenburg. SpongeBob pada asalnya diberi nama Spongeboy. Tetapi nama itu telah digunakan oleh pihak yang lain. Jadi Stephen Hillenburg telah menukarkan nama watak rekaan dia ni jadi SpongeBob Squarepants.

Di sini ada sedikit info mengenai SpongeBob, Check it out! Hehe.

  • SpongeBob dirancang pada awalnya untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun. Akan tetapi, ternyata film itu juga telah menarik penonton dewasa usia18 hingga 50 tahun. Sebuah kajian menyatakan 40 peratus dari 1 juta penonton SpongeBob berusia di atas 16 tahun

  • Kenal Mr Krabs? Si mata duitan. Beliau merupakan bos kepada Spongebob di burger Kraby Patty. Ceritanya, selepas perang, Mr Krabs mengalami depresi berat. Kemudian dia membeli sebuah rumah penjagaan, The Rusty Krab. Berkat kerja keras dan segala usahanya, Krusty Krab pulih kembali dan menjadi kedai burger paling popular di bawah laut.

  • Menurut episod "Sleepy Time" . Usia Mr Krabs adalah 62 tahun. Nombor SIM-nya: A5265661 Tarikh lahir: 30 November 1942 Alamat: 3541 Anchor Way, Bikini Bottom. Dia mempunyai binatang kesayangan bernama Mr Doodles.

  • Tarikh lahir SpongeBob adalah 14 Julai 1986. Jadi sekarang usia Spongebob adalah hampir 24 tahun. Surat Izin Mengemudi (SIM) pernah muncul di episode "Sleepy Time" dan "No Free Rides." Dalam dua episod itu nombor SIM-nya adalah A1356021. Alamat SpongeBob ialah 124 Conch St. Bikini Bottom .

  • Stephen Hillenberg, pernah mendalami pengajian sumber marin di Universiti Humboldt, California. Hillenberg juga pernah mengajar biologi marin di Orange County Marine Institute, California dan kemudian mengambil program master dalam animasi percubaan di Institut Seni California. Pengalaman dan hobi itulah yang kemudian melahirkan kartun SpongeBob SquarePants pada tahun 1996.

Suara SpongeBob berasal dari encik Tom Kenny inilah

Bikini Bottom, tempat tinggal Encik SpongeBob.

SpongeBob The Movie,

Siri animasi Spongebob Squarepants ini juga telah memenangi banyak anugerah, antaranya ialah ;
-2000 Golden Reel Award Best Music Editing in Television Animation
-2000 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2001 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2002 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television – Animation
-2003 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation - Music
-2003 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation
-2003 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2004 Golden Reel Award Best Sound Editing in Television Animation - Music
-2004 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2005 Annie Awards Best Animated Television Production
-2005 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2006 Annie Awards Best Writing in an Animated Television Production
-2006 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2007 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2008 Philippines Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2009 Kids' Choice Awards Favorite Cartoon
-2009 Teen Choice Awards Choice TV Animated Show

Kelihatan Encik SpongeBob sedang membanggakan dirinya. 

Salam, 
Encik Ska

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...