*Errk, Seram lah pulak.
-Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!
*Hidup guna duit, mati pun guna duit.
-Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
*Bukan boleh nampak pun, pelik je beliau ni.
-Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
*Nasib baik Encik Ska guna tangan kanan.
-Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.
*Dah macam-macam jenis makanan yang wujud sekarang ni.
-Mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.
*Mayat orang mati lemas memang tak tahan lama.
-Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.
*Walaupun disemadikan di angkasa lepas, seksa kubur tetap ada.
-Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.
*Renung-renungkan lah
Salam,
Encik Ska



