Blog atau juga dikenali sebagai web log ini ialah sebuah laman web yang popular pada zaman sekarang. Pengguna biasanya mengguna kan blog untuk menulis diari peribadi dan sebagainya. Blogger.com dilancarkan pada August 23, 1999 dengan usaha syarikat yang bernama Pyra Labs
Semakin hari, semakin bersinar blogger.com di mata dunia. Semakin ramai pengguna yang menggunakan blogger.com. Pada tahun 2003, Blogger.com dibeli oleh Google dengan harga yang Encik Ska sendiri pun tidak tahu. Maklumlah, selain bermain layang-layang dengan Encik MT, tidak banyak benda yang Encik Ska ini tahu. Pada tahun 2004 pula, Google membeli pula Picasa yang membolehkan pengguna meletakkan gambar ke dalam blog.
Blogger.com pada tahun 1999
Blogger.com pada tahun 2000
Blogger.com pada tahun 2004 hingga sekarang
Brad Fitzpatrick, antara pengguna blog terawal.
Eh, mana pulak datang budak ni? Tetiba je ada dekat sini. Hish! Sibuk je!
Salam,
Encik Ska








