Pages

Showing posts with label tembikai empat segi. Show all posts
Showing posts with label tembikai empat segi. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Fakta Pelik/Menarik #1

-Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
*Taktau lah nak simpati ke nak gelak. Hehe

- Pada kurun ke 16 orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang. 
*Kalau Encik Ska berperang, Encik Ska guna raket badminton je.



-Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar" 
*Bercanda dikala orang lain sedang serius pula bakal menerima 'Lempangan Bahana'.

-Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan .
*Zaman sekarang orang pakai Nuffnang 


-Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
*Membuktikan kebesaran Tuhan.

-Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
*Ini mungkin dah habis idea langsung.

-Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia 
*Murah gila. Gula-gula hacks pun mahal lagi dari Alaska.



-King George I di England tidak boleh berbahasa Inggeris. Beliau di besarkan di Jerman. 
*Jadi bahasa Jerman dia boleh cakap tak? Kalau tak tu tak tahulah. Hmmm.

-Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar. 
*Alah bukannya nampak benda-benda yang tak patut pun.


-Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar. 
*Mesti penduduk-penduduk dekat situ dah kenal dan hafal semua org dalam negara tu.

-Di Jepun, ada tembikai yang berbentuk empat segi.

*Jepun memang sebuah negara yang pelik. Haha!


Salam,
Encik Ska

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...