Pages

Sunday, June 19, 2011

Top 5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Termahal

 1.Northrop Grumman B-2 Spirit


     The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 kepada 21.

     Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).

    Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.


2. Bell-Boeing V-22 Osprey


    Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes. 

    Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

Saturday, June 18, 2011

Keindahan Kota Venice Dari Atas


Terletak di utara Itali, kota Venice ialah salah satu daripada tempat tercantik di Itali. Kota yang mempunyai populasi lebih kurang 271,500 ini juga dikenali sebagai "City Of Light", "City Of Water", "La Dominante", "The Floating City" dan sebagainya. Keindahan kota ini menjadikan kota ini sangat unik serta tempat tumpuan pelancong.

Suasana kota Venice yang dikelilingi oleh air dan seni bina yang menarik serta keindahan lagun dan suasana yang romantisnya, menjadi kan kota ini impian jutaan jiwa untuk memijakkan kaki di kota ini.

 Disini Encik Ska sertakan sedikit gambar keindahan kota Venice :-

Tuesday, June 14, 2011

Fakta Menarik Tentang Bahasa Inggeris


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan alfabet.

4.'Go', adalah kalimat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, yaitu: ‘tremendous’, ‘horrendous’, ‘stupendous’ dan ‘hazardous’.

6.Kalimat ‘The quick brown fox jumps over the lazy dog’ menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah kalimat terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan kalimat terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'Typewriter' merupakan kalimat terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), kecuali, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu' atau 'double u'.


Salam, 
Encik Ska.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...